Artikel Terbaru ke-2.024
Oleh: Dr. Adian Husaini (www.adianhusaini.id)
Pada tanggal 1-2 April 2006, saya menjadi salah satu pembicara dalam sebuah seminar di Kerajaan Negeri Terengganu, Malaysia. Temanya: Liberalisma Agama. Saya diminta menyampaikan satu makalah dengan topik: “Konspirasi Luar dalam Penyelewengan Agama: Suatu Andaian atau Realiti.”
Seminar diselenggarakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Malaysia, bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Peserta seminar adalah para tokoh, cendekiawan, serta sejumlah Mufti Kerajaan dari seluruh Malaysia.
Ketika itu, sikap Malaysia terhadap paham “Islam Liberal” bisa dilihat dari pernyataan Menteri Besar (Kepala pemerintahan Negara Bagian) Terengganu, Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh, yang membuka acara seminar, dan juga pernyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bidang agama) Dato’ Dr. Abdullah bin Muhammad Zin, yang menutup acara seminar.
Dato’ Idris Jusoh menyatakan: “Cabaran (tantangan. Pen) dakwah sejak akhir-akhir ini semakin kompleks dan berbagai ragam. Dahulu orientasi ajaran sesat atau penyelewengan agama ini berlaku di kawasan luar bandar dan bergerak dengan sembunyi-sembunyi. Tetapi pada hari ini kumpulan yang menyebarkan fahaman Islam Liberal, pluralisme agama dan lain-lain, bergerak dengan cara terang-terangan dan berani sekali melalui saluran media komunikasi yang sangat canggih. Buku-buku mengenai fahaman Islam Liberal dan lain-lain dapat dibeli dengan mudah di pasaran terbuka. Saya cukup bimbang apa yang sudah berlaku kepada beberapa orang cerdik pandai di negara serumpun seperti Indonesia akan merebak dan berjangkit kepada para sarjana kita yang silau akalnya oleh pandangan-pandangan golongan Islam Liberal ini. »
Sementara itu, Menteri bidang agama di Malaysia, Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, dalam sambutan penutupan seminar di Terengganu tersebut menyatakan:
“Arus globalisasi dalam dunia tanpa sempadan (batas. Pen.) yang terpaksa kita tempuhi sekarang ini mengingatkan kita akan keperluan untuk kita semua mempersiapkan diri perisai jatidiri sebagai benteng pertahanan dari ancaman anasir-anasir jahat terutama yang mampu menyerang dan menyesatkan akidah umat Islam.
Sememangnya musuh-musuh Islam akan terus mencari ruang dan peluang untuk memesong (menyelewengkan. Pen.) serta menggugat kepercayaan dan keimanan kita semua. Anasir-anasir jahat ini datang kepada kita sama ada secara sadar atau tanpa disedari oleh kita semua.
Gejala-gejala atau anasir-anasir jahat ini bukan sahaja menjadikan golongan awam yang tidak berpendidikan tinggi sebagai mangsa, malahan ianya juga mendekati golongan-golongan terpelajar atau profesional. Oleh yang demikian, umat Islam harus berhati-hati apabila bersama golongan ini, agar tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenar berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Selain kebimbangan terhadap ancaman musuh-musuh Islam dari luar yang secara jelas penampilannya, kita juga bimbang terhadap musuh dari dalam yang bertopengkan Islam yang mendakwa bahawa mereka-merekalah penyelamat dan pendokong Islam yang sebenar. Dengan wujudnya golongan-golongan yang sesat dan anasir-anasir yang jahat ini, ianya bukan sahaja memesong keimanan malah ia juga akan menggugat kestabilan masyarakat dan keselamatan negara.
Oleh yang demikian, saya merasakan seminar ini adalah amat penting untuk kita fahami dakyah-dakyah musuh Islam yang cuba menyeleweng dan menghancurkan Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Yang paling merbahaya adalah menghancurkan Islam dari dalam melalui orang Islam itu sendiri.”
Lanjut baca,